CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Jumaat, 18 Disember 2009

our Hero

Baru-baru ni, our Hero, our Dad masuk paper. Utusan, BH, Metro, Star.. Ayah ke Sabah selama 2 hari (Isnin dan Selasa) dalam misi menjalankan tanggungjawabnya terhadap syarikat iklan 'potong'.. hehe :D



P1 dijangka lancar khidmat WiMAX di Sabah, Sarawak Julai (Utusan - 16/12/2009)

KOTA KINABALU 15 Dis. - Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd. (P1) menjangka melancarkan perkhidmatan WiMAXnya di Sabah dan Sarawak seawal bulan Julai tahun depan.

Naib Presiden (Pejabat Korporat), Ir. Ismail Haron berkata, syarikat telah mengenalpasti 48 tapak di Sabah untuk pelaksanaan pada tahun 2010 dan 58 pada tahun 2011, dan ini termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan bahagian Tawau.

"Jika terdapatnya permintaan, kami akan mempertimbang memperluaskan perkhidmatan berkenaan ke kawasan luar bandar yang lain," kata beliau dalam taklimat mengenai rancangan perlaksanaan WiMAX P1 di Sabah.

Hadir pada taklimat itu ialah Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Dr. Yee Moh Chai.

P1, anak syarikat Green Packet Bhd., ialah syarikat telekomunikasi WiMAX pertama Malaysia dengan rangkaian WiMAX paling meluas di dalam negara.

p/s : tak ambil keseluruhan berita, saje hehe...

Sabtu, 10 Oktober 2009

Selamat Membaca

Ahad, 27 September 2009

Susa nak Jadi..sob3

Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela
Apabila Sudah Dewasa

Jangan Biarkan Mereka
Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana
Kerna Perbuatan Anak Derhaka

Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta

Hai... Ibu Bapa
Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa
Agar Sejahtera Terpelihara

Di Dunia Bahagia
Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua
Moga Allah Kabulkan Doa

Lagu : Anak Soleh
Kumpulan : Rabbani
Suara lunak merdu allahyarham Ustaz Asri menyanyikan lagu ni memang agak menyayat hati bila dengar..teringat pengorbanan mak ayah dari dulu sampai sekarang kepada kitorang (anak2) semua..huhu..kakwa rasa bersyukur sgt sbb ade mak ayh macam mak ayah..(err phm2 sndrik j la ayat..hehe)..
sbb pe?
sbb..mak ayah x pernah jemu bersabar ngan perangai kitorang yang kadang2 agak kurang ajar..tp nape la kita (anak2) kadang2 xpernah nak appreciate p yang diorang da buat..

Sabtu, 26 September 2009

Baru Masuk

assalamualaikum..

saya salikin, anak ke-7 ayah dan mak. hari ini baru register masuk dalam blog keluarga K.A.M.I.



selamat membaca :D

Sabtu, 12 September 2009

Di mana Lailatul-Qadr?

assalamualaikum,


Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Setelah 4 tahun berpuasa di perantauan, alhamdulillah tahun ini Allah berikan k.Ngah sekali lagi peluang untuk berpuasa di samping ahli keluarga tersayang. Perbezaan berpuasa di bumi Anbiya' dan tanahair sedikit demi sedikit mula k.Ngah rasai. Hakikatnya, damai Ramadhan di Jordan melebihi rindu berpuasa di Malaysia. K.Ngah rindukan ketenangan itu!

Yang paling k.Ngah cintakan adalah kemeriahan menyambut Ramadhan dan kesederhanaan menyambut Syawal. Dulu, senior k.Ngah yang berkelana selama 6 tahun di Jordan pernah berpesan : "Nanti korang akan muak dengan 'Malaysia', terutamanya dengan suasananya. Hargai dan nikmatilah apa yang korang peroleh dan lalui di sini". Justeru, k.Ngah tidak hairanlah apabila k.Da dan ust Din memilih untuk kekal di bumi Jordan, kerana mahu lari dari ke'sibuk'an Malaysia yang lebih mementingkan keduniaan.

Sempena malam-malam terakhir Ramadhan, bukan malam 7 likur, tetapi antara malam yang diturunkan Lailatul-Qadr, k.Ngah ingin berkongsi artikel ini (yang diambil dari YahooGroup PERMAI, diutus oleh sdr.Aziz) untuk renungan kita bersama :

HIKMAH PENYEMBUNYIAN TARIKH SEBENAR LAILATUL-QADR

1. Sekiranya penentuan Lailatul-Qadr masih kekal maka banyak manusia yang cuai tidak akan mengambil berat langsung untuk beribadat pada malam2 lain. Dalam keadaan sekarang (iaitu Lailatul-Qadr tidak diketahui ketentuannya), mereka yang ada keinginan untuk beribadat akan mendapat taufik untuk bangun dengan anggapan bahawa malam inilah Lailatul-Qadr.

2. Ramai manusia yang tidak dapat hidup tanpa maksiat! Sekiranya sudah diketahui dengan tentunya bahawa malam itulah Lailatul-Qadr dan masih seseorang itu memberanikan diri untuk melakukan maksiat, maka itu adalah satu keadaan yang sangat berbahaya.

Pada suatu ketika Nabi S.A.W. telah masuk ke masjid dan seorang sahabat sedang tidur maka Nabi telah berkata kepada ‘Ali Karamallahuwajhah, “Bangunkanlah dia supaya dia pergi berwudhuk.” ‘Ali pun pun telah membangunkannya kemudian dia bertanya kepada baginda. “Tuan seorang yang selalu bersegera untuk membuat kebaikan, kenapa Tuan tidak membangunkannya sendiri?” Baginda telah bersabda, “Mungkin dia akan mengingkariku sedangkan pengingkaran terhadap perintahku adalah kufur, mengingkari perintahmu tidaklah membawa kepada kufur.”

Demikianlah juga Allah S.W.T. yang Maha Suci, dengan rahmatNya Dia tidak rela melihat seorang hamba yang walaupun sudah mengetahui tentang malam yang agung itu namun masih juga melakukan dosa.

3. Dalam keadaan Lailatul-Qadr ditentukan, kalaulah ada mana2 hamba yang secara kebetulan telah terluput malam tersebut maka dia tidak akan berjaga lagi pada malam2 yang lain disebabkan perasaan putus asa dan seumpamanya. Sekarang (dalam keadaan penentuan Lailatul-Qadr tidak diketahui) setiap orang mudah untuk berjaga walaupun sekadar untuk satu atau dua malam.

4. Bilangan malam yang dihabiskan untuk mencari Lailatul-Qadr, bagi setiap malam itu akan diberikan pahala yang berasingan.

5. Allah berbangga kepada para malaikat akan ibadat hamba2Nya dalam Ramadhan sebagaimana yang diketahui dari hadith sebelum ini.Dalam keadaan sekarang ini peluang untuk dibanggakan lebih lagi kerana walaupun hamba itu tidak mengetahui Lailatul-Qadr yang sebenar pun masih dia berjaga sepanjang malam serta sibuk dengan beibadat hanya kerana ada kemungkinan, begitu sekali dia berusaha maka bagaimana pula keadaan usahanya jika dia diberitahu itulah Lailatul-Qadr.

Mungkin ada juga hikmah2 lain. Adalah menjadi sunnatullah apabila ada perkara2 penting seumpama itu maka perkara itu akan disembunyikan.

Wallahua'lam.

Jumaat, 14 Ogos 2009

gambar lama..

assalamualaikum,

2-3 minggu kebelakangan ini, sibuk mengemas rumah. terutamanya rak-rak buku yang memenuhi bilik study. terpaksa mengasingkan buku-buku lama (buku nota ayah semasa mengambil degree dulu pun masih ada.. fuhh) sebab nak susun buku-buku dari jordan yang banyaknya beban sekor unta. hehe. maka terjumpalah gambar-gambar lama ini. cuma ambil beberapa keping je.. sebab malas nak scan. terima kasih kepada penaja scanner, k.long dan a.iwan. huhu..
alahai comeynye... atas katil kat Pangkor
dari kiri : Mujahid, Sodiqin, Solihin dan Salikin.


inilah barisan kita..
anak-anak teruna haji ismail dan hajjah mahani


cucu-cucu tokwan dan tok :
fatimah (k.cik), najwa (k.wa), alia, ida, afiq

solihin, mujahid, daniel, ashraf, salikin, imran, sodiqin, luqman.
(k.ngah dan k.long tiada dalam gambar)



k.long dan k.ngah pada hari terakhir kursus Persediaan ke Timur Tengah (Mesir & Jordan)

ehehe.. tergelak tengok gambar masing2.. lanang2 tak mengaku gambar sendiri.. hukhuk..

Isnin, 22 Jun 2009

Gelagat si adik kecil

Assalamualaikum,

Semalam, mak, ayah dan Sodiqin baru saja bertolak pulang ke Malaysia setelah seminggu bersama k.Ngah di Jordan untuk meraikan Majlis Konvokesyen k.Ngah di sini. Mereka masih lagi dalam perjalanan pulang barangkali (kerana k.Ngah masih tidak mendapat sebarang info ketibaan mereka di tanahair).

Malam itu, k.Ngah bermalam di rumah k.Sarah (sepupu cikgu Arfah) memandangkan air di rumah telah kehabisan. Dalam perjalanan pulang dari rumahnya pagi ini, k.Ngah singgah sebentar di kedai ayam dan sayur, niatnya untuk membelikan barang dapur untuk bayt Insyirah yang sudi menumpangkan kawan k.Ngah, kak Ahiasah sepanjang mak dan ayah bermalam di rumah kami.

Sementara menunggu k.Ahiasah yang berpatah balik ke kedai sayur untuk membeli tambahan sayur (kami terlupa warga bayt Insyirah 2x ganda bayt kami), k.Ngah memerhatikan gelagat seorang adik kecil yang usianya k.Ngah kira baya Salikin (walaupun saiznya besar). Si adik ini sibuk memilih sayur dari tadi. Dibeleknya satu per satu tomato sebelum dimasukkan dalam plastik hitam yang dipegangnya. Lagaknya seperti dia telah biasa melakukan tugasan membeli sayuran untuk keluarganya. K.Ngah tersenyum sendiri.

K.Ngah berdiri di luar kedai. Tapi adik tadi masih khusyuk memilih sayur. Kali ini, dia meneliti sayur kusa pula. Kerana terlampau khusyuk, adik ini tersepak sekotak buah apricot yang disandarkan di kaki meja. Pap! Kotak itu terbalik. Untuk mengembalikannya kepada keadaan asal, adik itu perlu mengutip satu per satu buah itu, fikir k.Ngah. Aduh! Kesiannya adik ini. Sudahlah buahnya bulat, mau saja tergolek ke jalan raya.

Tiba-tiba, datang seorang lagi adik, mungkin kawannya (kerana tiada iras muka) membantu mengangkat kotak tersebut serta memungut buah-buah yang terjatuh. Tiba-tiba sebuah apricot bergolek ke jalan dan... Pek! Penyek buah itu dilanggar kereta sebelum sempat adik itu mengutipnya. Lalu, adik itu terus menjadi takut untuk menyusun semula buah-buah yang masih bertebaran. Mujur ada pakcik tua yang datang menyambung tugasannya, meletakkan buah yang berbaki di tempat yang asal.

K.Ngah tersenyum lagi. Kalau semalam k.Ngah membaca tulisan k.Qilah tentang gelagat orang tua, harini k.Ngah bercerita tentang gelagat si adik kecil yang mengingatkan k.Ngah tentang adik-adik lelaki k.Ngah di rumah. Adakah kalian membantu mak di rumah, sekurang-kurangnya ke kedai untuk membeli keperluan dapur? Kalau adik ini hebat sampai dipercayai oleh ibunya untuk memilih sayuran yang elok, adik-adik k.Ngah pula bagaimana?


k.Ngah > masyarakat Arab memang sangat menjaga anak lelaki sulung. diajarnya melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas rumah dan membeli barang dapur. sehingga mampu memikul tanggungjawab seperti bapanya. kerana bagi mereka, anak lelaki sulunglah yang diharapkan untuk membela nasib keluarga kelak..

Sabtu, 16 Mei 2009

dedikasi buat yang tersayang..

Assalamualaikum,

Dengan izin Allah, kak Ngah dapat siapkan satu blog khas untuk adik-beradik kak ngah yang tercinta. Benarlah pepatah melayu “Air dicincang takkan putus”. Begitulah hidup berkeluarga. Bersepak terajang masa kecil, bercakaran dan bertarik rambut bila tidak puas hati, menjerit dan menangis jika tewas di tangan ‘musuh’..semuanya menjadi kenangan bila sudah besar panjang.

Bila dikenang kini, kadangkala tertawa sendiri. “Ishh..buruknya perangai masa kecik2 dulu..”, tapi itulah SUNNATULLAH yang menjadikan manusia semakin lama semakin matang, semakin bijak berfikir, dan dengan itu juga semakin berat tanggungjawab yang dipikul. Kerana itulah tidak dihitung amalan kanak-kanak sehinggalah dia baligh (cukup umur). Cantik kan Islam?

Hari ini kak ngah masih lagi di Jordan, berpisah dengan mak ayah, adik-beradik serta keluarga dan sahabat handai yang lain. Orang kata, makin berjauhan, makin tebal kerinduan. Ya, bila berjauhan begini, baru terasa ingin menghargai setiap detik bersama keluarga. Pernah sekali kak ngah menitiskan air mata ketika berbual dengan Mujahid di telefon. “Kak ngah bila nak balik? Rindulaah”. Suara sebak cuba ditahan. Budak kecil sebesar dia sudah pandai melafazkan kalimah ‘rindu’. Ah, seronoknya menjadi anak bongsu, banyak pengajaran dikaut dari abang-kakak. Sedangkan kak ngah sendiri mengenal erti rindu ketika di bangku sekolah menengah (kusyen barangkali).

Hari ini, adik-beradik kita sudah besar panjang. Dewasa barangkali. Kak long telah pun selamat melahirkan anak sulungnya, Inas Nailah setelah lebih kurang 10 bulan mendirikan rumahtangga bersama abang long (abg Iwan). Awa mewarisi kak long untuk meneruskan pengajian di KUIS dalam bidang IT. Begitu juga Imah yang memilih untuk menceburi bidang Ekonomi. Wah, adik-beradik perempuan kita semuanya sudah berjaya melangkah ke alam kampus! Dan sekali lagi korang bertiga di tempat yang sama (sedari sekolah lagi) dan kak ngah juga yang berbeza, seperti biasa hehe..


Iqin juga telah mengikuti jejak langkah kak ngah dengan berhijrah dari sekolah ‘keturunan’. Bermakna solihin satu-satunya adik kak ngah yang tinggal di asrama ketika ini. Salikin dan mujahid juga sudah bersekolah, yang hanya beberapa meter dari rumah. Masih lewat ke sekolah macam kakak-kakak korang dulu ke? Hehe..sekali lagi mengimbas kenangan..

Hari ini, kak ngah ‘share’kan blog ni dengan semua, agar menjadi medan untuk kita bertukar-tukar cerita dan mungkin akan menjadi kenangan kita suatu masa nanti…

Buat mak ayah, terima kasih atas didikan dan peliharaan kalian berdua. Sesungguhnya kak ngah tidak mampu membalasnya melainkan dengan doa – moga kalian sentiasa di dalam rahmatNya dan dikasihi Allah s.w.t sepanjang masa.

Wassalam.

dari -> kak Ngah